KUANTAN: Dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di perairan berhampiran Pulau Tioman pada Isnin lalu ditemui selamat hari ini.
Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, Chia Swee Kong, 49 dan Zulfahmi Izzudin Gan Abdullah, 45, ditemui dalam keadaan lemah oleh orang awam di Teluk Juara, Pulau Tioman, jam 2.30 petang tadi.
Menurutnya, mangsa memaklumkan bot mereka kehabisan minyak dan dipukul ombak menyebabkannya karam pada Isnin.
"Usaha menjejaki mereka menemui jalan buntu apabila telefon bimbit kedua-dua pemancing berkenaan gagal dihubungi.
"Kedua-dua mangsa dipercayai terselamat kerana memakai jaket keselamatan dan berenang menuju ke daratan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, laporan awal kehilangan mereka diterima daripada majikan pada Isnin.
"Kedua-dua mangsa merupakan pekerja resort miliknya telah keluar memancing dengan menaiki bot fiber dari Teluk Juara dan kebiasaannya akan pulang pada hari yang sama. Majikan itu membuat laporan selepas mereka tidak pulang," katanya.
Ujarnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah ditamatkan setelah Maritime Rescue Sub - Centre (MRSC) Kuantan menerima panggilan daripada Balai Polis Rompin yang memaklumkan penemuan dua pemancing terbabit.
Jelasnya lagi, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman bagi rawatan lanjut.
"Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai dan penduduk sekitar supaya berhati-hati dan berwaspada apabila berada di laut dengan mematuhi undang-undang.
"Orang ramai juga perlu sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan musim tengkujuh masih belum berakhir dengan laut bergelora dan angin kuat," katanya.
Kamal Ariffin berkata, sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan dan kegiatan jenayah di laut boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau bantuan kecemasan MERS 999.
Norfarhiza Mohd Atar
Wed Jan 18 2023
Kedua-dua mangsa memaklumkan bot mereka kehabisan minyak dan dipukul ombak menyebabkannya karam pada Isnin. - Gambar/ Maritim Malaysia
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Lelaki hilang disambar buaya ketika memancing
Seorang lelaki yang sedang memancing hilang selepas disambar buaya dalam kejadian di jeti Mantanani di Kota Belud pada Jumaat.
Mohd Hairul tak pulang selepas keluar memancing
Seorang pemuda hilang semasa keluar memancing di kawasan pantai berdekatan Jeti Air Masin, Kukup di sini pada Selasa.
2 pemancing hilang 2 hari di perairan Pulau Tioman ditemui selamat
Dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di perairan berhampiran Pulau Tioman pada Isnin lalu ditemui selamat hari ini.
Remaja terjatuh semasa memancing ditemui lemas
Seorang remaja lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai semasa memancing di Jambatan Kemasul 1, Felda Kemasul di Bentong ditemui lemas hari ini.
Pemancing hilang dipercayai dibaham buaya di Semporna
Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang melakukan aktiviti memancing di Sungai Pegagau dekat sini petang tadi.
Pemancing hilang ditemukan maut dengan kesan gigitan buaya
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing ditemukan mati dengan kesan dipercayai gigitan buaya.
10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat
Sepuluh pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.
18 pemancing, kru bot karam di perairan Langkawi ditemui selamat
Seramai 18 pemancing termasuk kru sebuah bot yang dilaporkan hilang dan karam, dipercayai selepas dipukul ribut di perairan Langkawi ditemui selamat, malam ini.
14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi
Sebuah bot membawa empat kru dan 14 pemancing dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi hari ini.
Dua hilang ketika keluar memancing di Semporna
Kehilangan kedua-dua mangsa dilaporkan oleh keluarga mereka pada Ahad sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).